Yang Dicari…
walau bukan putera raja,
biarlah putera agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani, sempurna hati.
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi
****************************

April 30, 2009 at 4:35 pm
sedap bunyi nya dan dalam maknanya … teruskan bekarya semuga dapat dimenfaat insyaalah
April 30, 2009 at 4:47 pm
Terima kasih kerana sudi melayari laman blog ini…salam perkenalan ya…(^_^)