Bicara Qalbu Wanita

Segala puji hanya bagiMu Tuhan…
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita…
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam…
Dengan seindah dan sebaik ciptaan…

Daku…
Si tulang bengkok…
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan…
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki…
Namun Ya Allah…
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya…

Kiranya daku menjadi seorang isteri…
Kurniakanlah padaku kekuatan…
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid…
Pengembang perjuangan disayap kiri…
Diadun dengan kelembutan…
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa…
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah…
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah…

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan…
Yang memiliki sembilan nafsu…

Merdeka dari kepentingan peribadi…

Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami Saidina Ali

Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan..
Bersulamkan kemesraan…
Rumahtangga adalah syurga…
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah…
Akal yang tunggal tidak dibiarkan…
Hanya berlega dicelahan periuk belanga…
Di sebalik lipatan lampin anak…
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat…
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan…
Siapalah daku untuk memiliki…
Watak wanita solehah pendamping nabi..
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati…
Maka kurniakanlah daku…
Sekeping hati yang sentiasa insaf…
Hak seorang suami …
Tidak kan mungkin kupenuhi …
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan…
Biar telah ku tadahkan wajahku…
Buat mengusap debu di telapak kakinya…

Dan sememangnya daku mengimpikan…
Watak seorang ibu…
Yang bakal melahirkan…
Putera-putera secekal Musa ab bin Umar…
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya…
Segigih Zubair Ibnu Awwaam…
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya…
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah…
Rela direbus demi mempertahankan iman…
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya …
Mengabdikan diri kepada Tuhan…

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah..
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani..
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi…

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku ..
Bakal menampilkan ..
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid..
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah..
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah..
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan..
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman..
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :

“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi! ‘

Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka..
Setenang Ummu Faisal…
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya ..
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi..

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu..
Inilah pengaduan harap dan munajat..
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan…

“Kulihat kebanyakan dari isi NERAKA itu adalah WANITA…”

************

Ya Allah…

Kau tetapkanlah jalan buat ku…untuk ku terus berada di jalanMu Ya Allah…agar jangan kerana setitik nikmat di dunia aku berpaling…

Ya Rabb…

KasihMu kpd umat manusia tiada berbelah bagi…namun kulihat manusia bagai buta, tuli dan bisu dilingkari nafsu duniaiMu Ya Allah…aku mohon Ya Allah jangan Kau letakkan aku dalam golongan ini…

Ya Tuhanku…

Ku mohon keampunan dari Mu Ya Allah…moga persinggahanku di duniaMu menjadi ruang buatku mempersiapkan bekalan menuju AkhiratMu yang kekal abadi…InsyaAllah…Ameen…(~.~)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: