Menghitung Saat…..

Assalaamu’alaikum wbt….

Mengambil daripada ayat dak Anne…katanya…”hanya beberapa saat lagi kat UM”…

Terdorong saya untuk menulis dalam blog yang dh agak lama juga tak disentuh…dek kesibukan diri berhadapan dan mengejar dunia yg isinya sementara cuma…alahai…duk sibuk kejar dunia…ini lah manusia sekarang…

Sedar tak sedar…tinggal beberapa hari je lagi saya akan meninggalkan UM…universiti terchinta…huhu…pasni dh tak bergelar ‘undergraduate student’…sedih rasa…tak sampai seminggu pula saya akan bertolak balik ke kampung halaman…Land Below The Wind…nantikan kemunculan ku…:-D

Banyak sungguh kenangan sepanjang belajar di Universiti Malaya ini…suka…duka…semua ada…kata orang…cukup rasa asam garam kehidupan…semua inilah yang telah mematangkan diri…Alhamdulillah…sepanjang berada di bumi yang pada awalnya cukup asing…ye la…dulu duk terperuk kat kampung je…tup tup dapat tawaran study kat tanah semenanjung pulak…mula-mula dulu nak datang sini fikir jugak 10, 20 kali…haha…Alhamdulillah berkat sokongan dari keluarga tercinta…saya gagahkan jua diri untuk memecah tradisi keluarga (Anak pertama dalam keluarga belajar di tanah semenanjung)….

Kalau nak imbas kembali waktu mula-mula jejakkan kaki di sini…bermula dari minggu Haluansiswa…sampailah dah tahun akhir dan minggu-minggu akhir ni…mmg banyak sangat crita yang nak dikongsi…tapi memandangkan sekarang pun dalam mood exam…dan study (wat revision) persiapan untuk exam pada 29hb april dan 2hb mei ni…jadi diringkaskan cerita…saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih wat sesiapa yang telah mewarnai perjalanan hidup saya sepanjang tiga tahun ini…terutama kepada insan-insan yang istimewa bagi saya ini…Ain,Are,Ajah,Ina, Kak Aini, Kak Ina, Art, Ustaz Azizi and da geng, Fara and da geng, Zaini and da geng, Talib and da geng, rakan-rakan di KKTAZ (banyak lagi yang tak sempat saya muatkan….huhu)…juga buat sahabat-sahabat di fakulti…Artima and da geng, Yusrizam and da geng, Alfian and da geng, Rakan-rakan projek saya untuk Festival APM dan delegasi ke BFSU…juga buat pensyarah2 dan staf di APM…dan banyak lagi lah…saya mohon maaf jika ada nama yang tidak tertulis…anda semua adalah tulang belakang saya di sini…InsyaAllah…jasa dan kenangan bersama anda tidak akan saya lupakan selagi  nyawa di kandung badan…

Biasalan…insan bernama manusia…perasaan untuk berkasihan pasti ada…lagi-lagi ketika dalam usia sekarang…malah saya sendiri tidak terkecuali…Terima kasih saya ucapkan buat teman yang cukup istimewa bagi saya ini…yang telah mengajar saya sedikit- sebanyak perasaan untuk dihargai dan menghargai seseorang….InsyaAllah…saya tidak akan melupakan awak…Semoga ukhwah antara kita tidak terhenti di sini cuma…moga mendapat keredhaan Allah…InsyaAllah…semoga kita berjumpa lagi….sayang awak…:-)

Akhir kata dari saya…semoga kita berjaya dunia akhirat…sentiasa dalam lindungan Allah….jika pernah saya terkasar bahasa, harap dapat dimaafkan…jika saya terhutang duit atau sebagainya…mohon dihalalkan makan minum…kalau nak juga saya membayar semula…hubungilah saya…sebab saya insan biasa…kadang-kadang terlupa jugak…huhu

Kepada rakan seperjuangan di tahun akhir ini…semoga berjaya menempuh peperiksaan…semoga dapat kita tawan pentas DTC ogos nanti…InsyaAllah…;-)

SAYANG KAMU SEMUA…..(T.T)

Advertisements

4 Responses to “Menghitung Saat…..”

  1. cahayamata87 Says:

    Salam sahabat..

    Teman istimewa? Sayang awak?? (i know.. hu2)

    sooo sweettt….

    Terharu melihat nama sy tersenarai dlm post ni..

    Sayang awk juga.. =)

  2. ciputcedut Says:

    Teman istimewa…ya…awk juga boleh meletakkn diri awk di tempat itu…dan sapa-sapa pun boleh…kamu..kamu…atau kamu…hihi

  3. Semboyan Alam Says:

    Assalaamu’alaikum…

    Nenek pernah berkata…
    Sinar Persahabatan Itu Lebih Bercahaya Dari Sang Suria…Ia Menerangi Kegelapan Di Dalam Jiwa…Di Mana Cahaya Matahari Sekali Pun Tidak Mampu Untuk Sampai Kepadanya…Tidak Mampu Untuk Meneranginya…

    Nenek pernah berkata…
    Dimensi Hati Perlu Kepada Beberapa Nyalaan Cahaya…Hilang Satu Cahaya Maka Akan Resahlah Jiwa…

    Nenek pernah berkata…
    Jiwa Yang Bercahaya Tanpa Teman-Teman Di Sisi…Lama-Kelamaan Akan Malaplah Cahaya Itu…

    Nenek pernah berkata…
    Sahabatmu Bukan Hanya Taman-Taman Yang Indah Damai…
    Tapi Mereka Juga Lautan Gelora Yang Boleh Menenggelamkan…

    Nenek pernah berkata…
    Rahsia Alam Terkunci Rapi Oleh Permusuhan…
    Ia Tersingkap Melalui Persahabatan…

    Nenek pernah berkata…
    Jangan Kerana Jasa Budinya Engkau Menjadikan Dia Seorang Teman…
    Tapi Jadilah Engkau Seorang Teman Kerana Ingin Menakbur Jasa Bakti Kepadanya…

    Nenek pernah berkata…
    Andai Kawanmu Tiada Lagi Disisi…Airmata Hanya Akan Membunuh Mereka Terus Dari Hati…Tapi Senyumanlah Yang Akan Menjadikan Mereka Kekal Abadi Di Hati…

    Jika Benar Diri Ini Kau Anggap Teman…
    Jangan Sekali Kau Mengenangku Dengan Deraian Tangis Air Mata…
    Tapi Senyumlah…Kerana Aku Teman Yang Merasa Bahagia Melihat Dirimu Sentiasa Tersenyum…(^_^)

    • ciputcedut Says:

      Arigato gozaimasu Tentou Kabuto…hehe…(^_^)
      Ingatlah sahabat2…tika tringat diriku…senyumlah…kerana aku sentiasa tersenyum untuk kamu……:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: