Archive for the Uncategorized Category

Setelah sekian lama ku menyepi….

Posted in Uncategorized on March 29, 2010 by Rin

Assalaamu’alaikum wbt…

setelah sekian lama ku menyepi, kini masa utk mengaktifkan semula blogku yg telah lama “pengsan”…huhu

mulai hari ini, ku tinggalkan sementara hari2ku yg sibuk, sebagai “jaga”, aku bakal lalui hari2 yg cukup membosankan…baru2 ni sorg sahabat bertanya padaku…”apa perkembangan terbaru?”…AKU TIDAK TAHU…:-P

selepas ini…ya…selepas ini…ada yg perlu aku fokuskn…aku berharap nanti akan adanya perubahan, perkembangan…(^_^)

Ya Allah….permudahkn lah segala urusan ku…Aminnn

Dugaan…

Posted in Uncategorized on July 13, 2009 by Rin

semakin berlalu hari…semakin banyak dugaan…semakin matang fikiran…dan semakin ku yakin pada Tuhan yg maha Esa…Rabbul jalil…

Ya Allah…berilah kekuatan kepada hambaMu yg lemah ini ya Allah…semoga bisa ku lalui semua dugaan yang mendatang…semakin banyak dugaan…semakin ku yakin padaMu…Alhamdulillah atas semuanya…(^_^)

JIKA BENAR CINTA…

Posted in Uncategorized on May 1, 2009 by Rin

Oleh: aisyasalsabila

Jika benar cinta,datangilah dengan cara halal…

Jika benar perasaan itu datang,iringilah ia di jalan keredhaaan. Ini Cuma jalanan titian kehidupan. Jangan sesekali dicemar. Perasaan itu suci,fitrah dan mampu membawa ke jalan keredhaan. Kasih sayang adalah bukti kekuasaan Allah. Dilampirkan kasih sayang agar dapat singgah di hati yang bersih lalu mewariskan ketaatan yang tiada tara. Kasih sayang adalah turunan asma Allah.

Jika tidak ingin menanggung risiko,janganlah dimulakan. Janganlah memaniskan mulut dengan seribu janji manis. Kerana perempuan itu sensitive,hatinya halus, dan lemah. Mengharap bimbingan dari kaum pemimpin. Ditunjukkan jalan lantaran emosi yang lebih menguasai. Mereka lemah,tidak mampu berbuat apa-apa jika ada yang cuba menodai,hanya mampu mengharap pelindung dengan hadirnya rijal.Rijal halal,bukan rijal yang mengundang kebahayaan. Bukan rijal yang menghiasi kalimah agama di bibir semata tetapi rijal yang mampu menuntun jiwa halus ini dan bersama mengharung titian kehidupan yang penuh tipu noda. Kerana dengan keluhuran jiwa sang rijal ini, akan mampulah lahir warisan baru.Warisan yang mencintai kebenaran.

Jangan dicemari wanita mukminah. Sekalipun dia bertudung litup, cuba seteguh mungkin menjaga diri dalam kancah pergaulan,dia tetap perempuan. Perempuan yang mempunyai hati,berhak untuk sayang dan menyayangi. Dan adalah satu kepayahan bagi seseorang mukminah itu untuk menentang fitrahnya yang sudah mula melampirkan kenyataan.

Wahai para mukmin, selamatkan para wanita mukminah. Jangan dicemari mereka. Jangan meletak janji jika tidak ingin menepati. Jangan menabur harapan jika lemah untuk menghadapi. Jangan diremukkan lagi hati mereka yang setia menanti bertahun-tahun.Ingatlah pesanan Rasulullah agar tidak menindas kaum yang lemah ini. Jangan mudah benar menuding seribu kesalahan kepada yang tidak berdaya. Kesetiaan mereka hanya Allah yang mampu mentafsir.

Ingat lah ibumu yang juga perempuan,kakakmu,adikmu..Bayangkan jika mereka ditimpa perkara yang sama. Wahai mukmin, tunjukkan kepahlawanan mu dengan teguh mempertegak kebenaran dan melawan kebatilan. Jika perkara sekecil ini engkau mudah menyerah,bagaimana engkau mahu menegakkan daulah?

Jika benar rijal itu luhur,Allah lah sandaran jiwanya. Bukan keindahan dunia yang memperdaya.

*******************

P/S: Ku berlindung padaMu Ya Allah, dari syaitan yang direjam….

“aku mencintaimu kerana agamamu, apabila hilang agamamu maka hilanglah cintaku padamu”

Yang Dicari…

Posted in Uncategorized on April 30, 2009 by Rin

Yang dicari

walau bukan putera raja,
biarlah putera agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat ruhani, sempurna hati.
Yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Ilahi


****************************

Menghitung Saat…..

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by Rin

Assalaamu’alaikum wbt….

Mengambil daripada ayat dak Anne…katanya…”hanya beberapa saat lagi kat UM”…

Terdorong saya untuk menulis dalam blog yang dh agak lama juga tak disentuh…dek kesibukan diri berhadapan dan mengejar dunia yg isinya sementara cuma…alahai…duk sibuk kejar dunia…ini lah manusia sekarang…

Sedar tak sedar…tinggal beberapa hari je lagi saya akan meninggalkan UM…universiti terchinta…huhu…pasni dh tak bergelar ‘undergraduate student’…sedih rasa…tak sampai seminggu pula saya akan bertolak balik ke kampung halaman…Land Below The Wind…nantikan kemunculan ku…:-D

Banyak sungguh kenangan sepanjang belajar di Universiti Malaya ini…suka…duka…semua ada…kata orang…cukup rasa asam garam kehidupan…semua inilah yang telah mematangkan diri…Alhamdulillah…sepanjang berada di bumi yang pada awalnya cukup asing…ye la…dulu duk terperuk kat kampung je…tup tup dapat tawaran study kat tanah semenanjung pulak…mula-mula dulu nak datang sini fikir jugak 10, 20 kali…haha…Alhamdulillah berkat sokongan dari keluarga tercinta…saya gagahkan jua diri untuk memecah tradisi keluarga (Anak pertama dalam keluarga belajar di tanah semenanjung)….

Kalau nak imbas kembali waktu mula-mula jejakkan kaki di sini…bermula dari minggu Haluansiswa…sampailah dah tahun akhir dan minggu-minggu akhir ni…mmg banyak sangat crita yang nak dikongsi…tapi memandangkan sekarang pun dalam mood exam…dan study (wat revision) persiapan untuk exam pada 29hb april dan 2hb mei ni…jadi diringkaskan cerita…saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih wat sesiapa yang telah mewarnai perjalanan hidup saya sepanjang tiga tahun ini…terutama kepada insan-insan yang istimewa bagi saya ini…Ain,Are,Ajah,Ina, Kak Aini, Kak Ina, Art, Ustaz Azizi and da geng, Fara and da geng, Zaini and da geng, Talib and da geng, rakan-rakan di KKTAZ (banyak lagi yang tak sempat saya muatkan….huhu)…juga buat sahabat-sahabat di fakulti…Artima and da geng, Yusrizam and da geng, Alfian and da geng, Rakan-rakan projek saya untuk Festival APM dan delegasi ke BFSU…juga buat pensyarah2 dan staf di APM…dan banyak lagi lah…saya mohon maaf jika ada nama yang tidak tertulis…anda semua adalah tulang belakang saya di sini…InsyaAllah…jasa dan kenangan bersama anda tidak akan saya lupakan selagi  nyawa di kandung badan…

Biasalan…insan bernama manusia…perasaan untuk berkasihan pasti ada…lagi-lagi ketika dalam usia sekarang…malah saya sendiri tidak terkecuali…Terima kasih saya ucapkan buat teman yang cukup istimewa bagi saya ini…yang telah mengajar saya sedikit- sebanyak perasaan untuk dihargai dan menghargai seseorang….InsyaAllah…saya tidak akan melupakan awak…Semoga ukhwah antara kita tidak terhenti di sini cuma…moga mendapat keredhaan Allah…InsyaAllah…semoga kita berjumpa lagi….sayang awak…:-)

Akhir kata dari saya…semoga kita berjaya dunia akhirat…sentiasa dalam lindungan Allah….jika pernah saya terkasar bahasa, harap dapat dimaafkan…jika saya terhutang duit atau sebagainya…mohon dihalalkan makan minum…kalau nak juga saya membayar semula…hubungilah saya…sebab saya insan biasa…kadang-kadang terlupa jugak…huhu

Kepada rakan seperjuangan di tahun akhir ini…semoga berjaya menempuh peperiksaan…semoga dapat kita tawan pentas DTC ogos nanti…InsyaAllah…;-)

SAYANG KAMU SEMUA…..(T.T)

50 Keistimewaan seorang wanita

Posted in Uncategorized on April 24, 2009 by Rin

Posted in http://www.imeem.com/miszyuna/blogs/2007/04/11/to8FJfn6/50-keistimewaan-seorang-wanita on Apr 11, 2007 at 10:59 AM

” Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.”

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
*********************
Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita
Hormatilah, sayangilah, kasihilah mereka seperti orang tuamu mengasihi kamu.

Ku Serah Cinta [In-Team]

Posted in Uncategorized on April 23, 2009 by Rin

Ku serah segala ketentuan

Biarlah masa yang berbicara

Dipangku wajah yang layu

Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling

Pada yang mengganggu dan menggugat

Sapanya meletihkan diri

Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini

Bukan lagi pada manusia

Kerana cinta martabat itu

Bersalut segunung kepalsuan

Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli

Apa yang mungkin akan terjadi

Kerana gerak dan tindakanku

Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini

Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini

Bukan lagi pada manusia

Kerana cinta martabat itu

Bersalut segunung kepalsuan

Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang

Biar terbuang tetap berjuang

Akan ku serahkan jiwa ini

Sepenuh hati dengan keikhlasan

Aku adalah aku yang sekarang

Ku serahkan cinta ini

**********

Hurm…nice lyrics…(^_^)

Tetibe post lirik ni…sbb..sbb..sbb..hehe…sbb ada la….BIARLAH RAHSIA…:-P