Bicara Qalbu Wanita

Posted in Uncategorized on April 18, 2009 by Rin

Segala puji hanya bagiMu Tuhan…
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita…
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam…
Dengan seindah dan sebaik ciptaan…

Daku…
Si tulang bengkok…
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan…
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki…
Namun Ya Allah…
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya…

Kiranya daku menjadi seorang isteri…
Kurniakanlah padaku kekuatan…
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid…
Pengembang perjuangan disayap kiri…
Diadun dengan kelembutan…
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa…
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah…
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah…

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan…
Yang memiliki sembilan nafsu…

Merdeka dari kepentingan peribadi…

Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami Saidina Ali

Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan..
Bersulamkan kemesraan…
Rumahtangga adalah syurga…
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah…
Akal yang tunggal tidak dibiarkan…
Hanya berlega dicelahan periuk belanga…
Di sebalik lipatan lampin anak…
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat…
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan…
Siapalah daku untuk memiliki…
Watak wanita solehah pendamping nabi..
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati…
Maka kurniakanlah daku…
Sekeping hati yang sentiasa insaf…
Hak seorang suami …
Tidak kan mungkin kupenuhi …
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan…
Biar telah ku tadahkan wajahku…
Buat mengusap debu di telapak kakinya…

Dan sememangnya daku mengimpikan…
Watak seorang ibu…
Yang bakal melahirkan…
Putera-putera secekal Musa ab bin Umar…
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya…
Segigih Zubair Ibnu Awwaam…
Yang diangkat Rasul sebagai hawarijnya…
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah…
Rela direbus demi mempertahankan iman…
Atau sesuci Maryam seluruh hidupnya …
Mengabdikan diri kepada Tuhan…

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah..
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani..
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi…

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku ..
Bakal menampilkan ..
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid..
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah..
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah..
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan..
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman..
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :

“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi! ‘

Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka..
Setenang Ummu Faisal…
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya ..
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi..

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu..
Inilah pengaduan harap dan munajat..
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan…

“Kulihat kebanyakan dari isi NERAKA itu adalah WANITA…”

************

Ya Allah…

Kau tetapkanlah jalan buat ku…untuk ku terus berada di jalanMu Ya Allah…agar jangan kerana setitik nikmat di dunia aku berpaling…

Ya Rabb…

KasihMu kpd umat manusia tiada berbelah bagi…namun kulihat manusia bagai buta, tuli dan bisu dilingkari nafsu duniaiMu Ya Allah…aku mohon Ya Allah jangan Kau letakkan aku dalam golongan ini…

Ya Tuhanku…

Ku mohon keampunan dari Mu Ya Allah…moga persinggahanku di duniaMu menjadi ruang buatku mempersiapkan bekalan menuju AkhiratMu yang kekal abadi…InsyaAllah…Ameen…(~.~)

Urmm…hari ni dah watpe ea???

Posted in Uncategorized on April 16, 2009 by Rin

Assalaamu’alaikum wbt…

Lepas Subuh : Bersiap2 nak gi Main Library….(rajinnyerrr…anak sapa ler nie…huhu)

9.10 Pagi : Sampai kat main library…terasa dahaga la plak…ok…ade wang syiling 90 sen…minum ovaltine panas dari mesin air je la…Alhamdulillah…(^_^)

9.30 : Wah…dengan confidentnyer terus shj masuk ke dalam Lib sambil membawa beg laptop dan beberapa buah buku di tangan lalu melepasi pintu kawalan tanpa menunjukkan kad matrik kat pengawal…Aisey…nakal ye cik Reen…huhu

sampai je kat tingkat dua, masuk bahagian desertasi, terus wat gaya2 sibuk pasang wayar laptop (kadang2 ade rupa gaye abg Ally Ardi-technician APM jek…aduhai)

Hurm…rajinnyer…duk ngadap laptop, kepala x angkat dah…owg tengok pun mmg respect la kot…ha rajin le konon…kalau nk tau..tengah duk sambil2 layari internet cek email, baca paper, update friendster, layan YM and so on…huhu

12.25 pm : aduh…perut terase pedih…berkeroncong…laparnyer…sekali lagi aksi bagai seorang technician mahir dipamerkan…kali ni makin laju…laju dan laju….dalam otak dh terbayang Nasi Goreng Kampung lauk Telur Mata Separuh Masak ngn Air Milo Ais…wahhh…hehe 😛

12.40 pm : Makan kat Cafe KPS…Alhamdulillah…(^^,)

1.15 pm : Singgah solat kat surau KPS…:-)

2.00 pm : Berjalan kaki ke SKRD…untuk ape??? Ya…baru teringt…surat masuk exam berkuarantin x amik lagi…x bleh jadi ni…ni if x dapat ni x masuk exam la gamaknyer…jangan Reen…ko dah final ni…jgn wat perangai k…hoho 😉
Alhamdulillah…slps berjumpa dgn En.Kamarulzaman (hensem jugak abg ni…hikhikhik) die kate exam nnt kene jumpa die setengah jam awal…exam dalam bilik mesyuarat utk dua paper bertindih (ALEA2310 dan JCEA2310)…so duk la dlm bilik mesyuarat tu dari kul 11 pagi sampai 5 petang…alahai…lotihnyooo…dapat ku bayangkan ketensionannya nnt…:-(

2.30 pm : dari SKRD berjalan balik ke Main Lib…singgah baca paper jap…saje…nk tunjuk gaya matang cket…alahai

Naik ke tingkat 3…cari dua tiga buku…(Pelita Bahasa edisi baharu, Cabaran dalam Dasar Pendidikan Negara, Linguistik:teori dan aplikasi)…turun kat tingkat satu…upsss…bertembung ngn ssorg…hmm…geram giler…kita sapa die elok2…die plak balas ngn ayat yang…bukan main kasarnyer…luka hatiku yang lembut ini…cheawahhh…kene faham…die mmg mcm tu…bukan niat berkasar…tp mmg dh style die…so bergantung pd tafsiran kita…anyway…yg penting hapy…huhu 😉

3.45 pm : Kuar dari main Lib…tggu bas shuttle HEP
Tidak lama kemudian…
Kesabaranku diuji…
Ya Allah…lama giler tggu bas…2 3 bas lalu x satu pun nak amik student…

time ni ramai dh student kt tempat menunggu bas (belakang main Lib)…termasuk lah beberapa org student foreigner…

4.20 pm : Jenuh tggu bas…nk dekat sejam dah…naik kematu tumit kaki mundar mandir menanti bas…perasaan waktu ni? Allah je yg tahu betapa geramnye la rase…aduhh…bas bas…sape la bertanggungjawab tentang hal kebajikan studet berkaitan bas ni…tlg lah sedar ape yg sedang student hadapi skrg ni…semenjak dua menjak makin menjadi-jadi…kekerapan bas mengambil penumpang makin berkurangan…tak sah if tak bagi student tunggu sampai sejam baru dapat naik bas…aduh…buang masa tol !

tetibe lalu bas yg pada perkiraan mungkin masuk bas yang ke 6 dah….dengan penuh yakin, kami yang dah menunggu lama pun berkejar la ke arah bas tu…dengan harapan kali ni dapat lah naik n tiba ke destinasi dengan segera…tapi…alangkah kecewanya apabila bas yang satu ni pun tidak menghiraukan kami yang telahpun berada di muka pintu bas…alasan pemandu turnnye dah habis…kami kene tggu bas yang lain…ape lagi…kuar la satu2 rungutan dari bibir penuh kekecewaan…
terasa malu yg amat sangat apabila beberapa org student foreigner mula mengeluh perkhidmatan bas UM yang mereka andaikan sebagai sangat teruk…aduh…!!

Kalau dekat xpe la…dah lama tggu ni lebih baik jalan kaki…dah lama sampai…tapi memandangkan tika ini aku membawa beg galas berisi laptop dan beberapa buah buku (tebal dan berat..huh!) rasanye baru sampai kat fakulti sains if macam ni la terduduk jugak…huhu

4.25 pm : masa tengah bengang ni la aku taip mesej sampai hampir 6 muka surat hantar kat Biro Kebajikan MPMUM..ntah la tetibe time2 tgh bengang n keletihan yg teramat sangat tu, aku trus terfikir utk adukn ape aku rasa time tu pd ssorg ni…haha…x pasal2 ade yg trkena plak…tp bila fikir2 balik…mmg wajar pun…agak2 korg la kn…memetik pd slogan Hope and Change tu kn…so hasilnye yg ni ke????

4.45 pm : Akhirnya…baru ade bas yang sudi mengambil penumpang (tu pun selepas semua student yang tgh tggu bas pamerkan muka bengang tahap gaban…alahai)

5.00 pm : Balik je trus mandi dan solat asar….
(Time utk tenangkn fikiran…dugaan Allah…bila-bila masa n dimana jua kita berada…Hanya Allah yang Maha Mengetahui…percaya ada hikmah di setiap apa yang berlaku…)

Sampailah tiba saat aku menulis blog ini………………..

******
Hari ni…Apa yang aku dah buat ea??????????

Cerpen : Misi Jihad Cinta

Posted in Uncategorized on April 16, 2009 by Rin

“Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”

Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”

“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”

“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”

“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”

“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

****

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”

“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”

“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”

“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.

MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar

Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad

Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.

Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

****

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”

“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”

“Abang..”

“Ya?”

“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”

“Safiyyah sayang…”

“Ya bang..”

“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”

****

Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.

Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

****

Boomm..

Boommmm..

Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.

Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

Mereka bertemu di syurga.

Surah At-Taubah :

(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

(71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

(111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah Al-Ahzab :

(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

(23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

……………………

Original writing by Masturah Abu Bakar.

21.Nov.08

http://www.islamcintaku.blogspot.com

……………………………………………….

Urmm…tersentuhnye hati baca cerpen ni…Ya Allah…tegarkan aku mencapai misiku…InsyaAllah…(^_^)

Istimewa Wanita

Posted in Uncategorized on March 29, 2009 by Rin

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

wanita solehah

wanita solehah

. . . BISMILLAH . . .

Posted in Uncategorized on March 29, 2009 by Rin

Assalaamu’alaikum wbt…

Al-kisah…maka tersebut lah kisah….

Reen : Anne…aku nak ada blog la…ala…wordpress macam ko tu…tapi…macam mana nak mula ea…tolong aku boleh?

Anne : Meh sini aku ajar…senang je…lagipun bagus ada blog ni…banyak kita boleh wat

Reen : Em…senang2 ko buatkan je la aku…aku tak tau ni…tolong ea…buatkan…hehe

Anne : Hmm…yela2

(Anne pun memulakan kerja2 menghasilkan blog untuk aku…)

5 minit kemudian…..

Anne : Ha..dah siap…kan senang

Reen : Oh macam ni ea…wah aku dah ada blog ni…Anne…ko jadi link aku yang pertama k…Thanks tau

Begitulah kisahnya bagaimana permulaan aku menjadi blogger dalam wordpress…hehe…ni peristiwa tiga hari lepas…dah tiga hari ada blog…baru saat ini aku post coretan pertamaku…apa daa…tp mmg la…aku ni bab tulis-menulis ni malas sikit…sbb tu la tesis aku tak siap-siap lagi…alahai…ada keinginan plak nk buat blog…huhu…:-D

Hello world!

Posted in Uncategorized on March 25, 2009 by Rin

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!